awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak sangat merokok, kan dah kena halau!

Agensi
Agensi
26/02/2018
07:00 MYT
Nak sangat merokok, kan dah kena halau!
Pihak berkuasa dilihat mengelilingi penumpang yang menghisap rokok di dalam pesawat. - Foto Facebook/Manuel Buchacher
Seorang penumpang pesawat Citilink di Jakarta dihalau keluar pihak berkuasa lapangan terbang kerana gagal patuhi undang-undang larangan merokok dalam pesawat.
Insiden pada Ahad berlaku setelah penumpang itu dilaporkan merokok di tempat duduk dalam pesawat yang sedang mengisi bahan bakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma.
Insiden dirakam penumpang dengan nama Facebook Manuel Buchacher, yang duduk di belakang penumpang yang merokok itu.
Dalam video yang berdurasi 1 minit 58 saat itu, perokok itu dengan lantang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang menahan dan meminta dia turun dari pesawat.
Penumpang dalam pesawat Citilink yang diirng keluar oleh pihak berkuasa akibat merokok. Facebook Manuel Buchacher
Penumpang dalam pesawat Citilink yang diiring keluar oleh pihak berkuasa akibat merokok. Foto Facebook Manuel Buchacher
Pihak berkuasa dilihat mengelilingi penumpang yang menghisap rokok di dalam pesawat. - Foto Facebook/Manuel Buchacher
Penumpang yang dihalau itu turut ingin jaminan dari pihak berkuasa yang dia akan dibenarkan untuk terbang ke Bali.
Menurut Pegawai Komunikasi Koporat Citilink yang dipetik media Indonesia detik.com, penumpang yang merokok itu dihalau dari pesawat dari Jakarta ke Bali, kerana mengancam keselamatan penerbangan.
Menurut saksi, penumpang itu mula merokok di ruang menunggu di lapangan terbang sehingga ke dalam pesawat.
Menakutkan lagi, penumpang itu duduk di tempat duduk berdekatan dengan enjin pesawat, ketika pesawat sedang mengisi bahan bakar.
Topic Berkaitan
#Bali
#Indonesia
#Jakarta
#keselamatan
#merokok
#penerbangan
#pesawat
#undang-undang
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan