awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula

NASA buka ISS kepada pelancong untuk misi angkasawan peribadi

Bernama
Bernama
08/06/2019
21:20 MYT
NASA buka ISS kepada pelancong untuk misi angkasawan peribadi
Misi angkasawan peribadi itu dijangka menelan kos US$50 juta, dengan NASA mengaut keuntungan sebanyak US$35,000 bagi setiap perjalanan. - Foto AP/Fail
NASA pada Jumaat mengumumkan bahawa ia akan membuka Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kepada pelancong, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu berkata ia akan membuka stesen tersebut untuk "misi angkasawan peribadi" dengan membenarkan dua penerbangan setiap tahun, dengan setiap satunya memakan masa maksimum 30 hari.
Misi itu akan menelan kos sebanyak US$50 juta, dengan NASA mengaut keuntungan sebanyak US$35,000 bagi setiap perjalanan, menurut CNBC.
Langkah itu diambil selepas syarikat seperti Boeing dan SpaceX membangunkan kapsul untuk membawa manusia ke ISS, dan NASA berkata kedua-dua syarikat akan menjaga pelancong terbabit dan keperluan mereka.
Misi peribadi pertama yang dirancang ke ISS ditetapkan seawal tahun 2020, kata agensi angkasa lepas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkasawan peribadi
#Boeing
#dua penerbangan
#ISS
#Kapsul
#NASA
#pelancong
#SpaceX
#Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.