awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat

Bernama
Bernama
09/02/2026
22:00 MYT
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Seorang wanita Palestin berjalan di sebatang jalan di Lembah Jordan, Tebing Barat. - Foto AP
RAMALLAH: Beberapa negara Arab dan Islam mengecam Israel pada Isnin berhubung keputusan terbaharunya untuk memperkukuh kawalan ke atas Tebing Barat serta memperluaskan penempatan Yahudi, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Negara Arab dan Islam mengecam Israel kerana memperkukuh kawalan ke atas Tebing Barat serta memperluaskan penempatan Yahudi, dipandang sebagai tindakan 'haram' dan 'berbahaya' oleh pihak berkuasa Israel.
  • Naib Presiden Palestin mendesak Majlis Liga Arab, OIC, dan UNSC untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi menolak keputusan Israel serta menuntut penarikan balik langkah tersebut dengan segera.
  • Menteri luar dari lapan negara Arab dan Islam menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, dan tindakan Israel di Tebing Barat dianggap sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta menggugat usaha penyelesaian dua negara.

Dalam satu kenyataan akhbar ringkas, Naib Presiden Palestin Hussein al-Sheikh menggesa Majlis Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan apa yang disifatkannya sebagai "keputusan berbahaya" oleh pihak berkuasa Israel.
Beliau menegaskan perlunya pendirian antarabangsa yang bersatu untuk mengecam langkah itu dan menuntut ia ditarik balik dengan segera.
Sementara itu, menteri luar dari lapan negara Arab dan Islam mengutuk sekeras-kerasnya keputusan serta tindakan "haram" Israel yang bertujuan mengukuhkan aktiviti penempatan berkenaan.
Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri luar dari Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Pakistan, Turkiye, Arab Saudi, dan Qatar menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki.
Mereka memberi amaran terhadap penerusan "dasar peluasan wilayah Israel" serta langkah-langkah haram yang diambil oleh Israel di Tebing Barat yang diduduki, sambil menyuarakan "penolakan mutlak terhadap tindakan haram berkenaan."
Menteri-menteri itu berkata langkah Israel tersebut merupakan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan menjejaskan pendekatan penyelesaian dua negara, selain menambah bahawa tindakan sedemikian turut menggugat usaha untuk keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Kenyataan itu turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang serta moral mereka dan memaksa Israel menghentikan peningkatan ketegangan yang berbahaya di Tebing Barat.
Pada Ahad, kabinet keselamatan Israel meluluskan beberapa keputusan yang bertujuan mengubah status undang-undang serta sivil di Tebing Barat dan memperkukuh kawalan Israel ke atas wilayah berkenaan.
Antara langkah kontroversi yang diluluskan termasuk keputusan kabinet untuk memansuhkan undang-undang yang melarang penjualan tanah kepada orang Yahudi, menghapuskan keperluan permit transaksi khas, dan menghidupkan semula jawatankuasa pemerolehan tanah negara yang tidak aktif selama kira-kira dua dekad.
Israel merampas Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur dalam Perang Asia Barat 1967. Penempatan yang dibina di sana serta pendudukan tentera yang berterusan dianggap sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa oleh kebanyakan pihak.
Pegawai Palestin telah berulang kali memberi amaran bahawa langkah memperluaskan penempatan dan meluaskan kuasa awam Israel di Tebing Barat akan menjejaskan prospek penubuhan negara Palestin yang merdeka.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Tebing Barat
#penempatan Yahudi
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami