awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand lanjut tempoh perintah berkurung Auckland empat hari lagi

Agensi
Agensi
24/08/2020
13:01 MYT
New Zealand lanjut tempoh perintah berkurung Auckland empat hari lagi
Jacinda memaklumkan buat masa ini, perintah berkurung akan berlanjutan di seluruh negara dengan beberapa sekatan di bawah amaran peringkat kedua. - Gambar fail
New Zealand melanjutkan tempoh perintah berkurung Auckland selama empat hari lagi.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern memaklumkan, penutupan selama dua minggu bandar terbesar di negara itu sepatutnya berakhir, namun akan berterusan hingga Ahad.
Tegasnya, pihak berwajib harus memastikan telah menemui punca penularan wabak tersebut dan pihaknya enggan melihat lebih banya peningkatan kes di negeri itu.
New Zealand menjalani 102 hari tanpa penularan virus sebelum sekumpulan kes ditemui di Auckland, bulan ini.
Ardern berkata, buat masa ini, perintah berkurung akan berlanjutan di seluruh negara dengan beberapa sekatan di bawah amaran peringkat kedua.
Bermula minggu depan, New Zealand akan mewajibkan pemakaian pelitup muka di seluruh pengangkutan awam.
"Ini bukan keputusan yang kami anggap ringan, tetapi kami tahu pelitup muka boleh melindungi anda dan orang di sekitar anda," kata Ardern kepada wartawan di Wellington.
Pihak berkuasa kesihatan pada Isnin melaporkan sembilan kes virus baru direkodkan di negara itu.
Topic Berkaitan
#Auckland
#COVID-19
#Jacinda Ardern
#New Zealand
#penularan virus
#virus
#Wellington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan