awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama akan berucap dalam majlis tertutup di Singapura

Bernama
Bernama
14/02/2018
23:19 MYT
Obama akan berucap dalam majlis tertutup di Singapura
Selama lapan tahun, Obama (gambar) merupakan individu paling berpengaruh di dunia. - Gambar fail
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan berada di Singapura pada 19 Mac ini untuk berucap di majlis tertutup anjuran Bank of Singapore, menurut laporan Channel NewsAsia.
Ia akan menjadi kehadiran kali pertama presiden ke-44 AS itu ke Singapura selepas meninggalkan White House pada Januari tahun lepas, menurut laporan tersebut.
Memetik Ketua Pegawai Eksekutif, Bank of Singapore, Bahren Shaari, laporan itu berkata, Obama akan berucap di hadapan 1,000 pelanggan terpilih dan tetamu jemputan.
"Selama lapan tahun, Obama merupakan individu paling berpengaruh di dunia, dan daripada perspektif unik ini, beliau akan berucap mengenai masa depan ekonomi global, serta peranan Asia yang semakin berkembang.
"Sebagai sebahagian daripada usaha melibatkan pelanggan kami, kami sentiasa mencari peluang istimewa supaya pelanggan kami memperolehi perspektif yang menarik daripada pemimpin dunia dalam bidang seperti kewangan, ekonomi dan pelaburan," beliau dipetik sebagai berkata.
Menurut laporan itu, personaliti terkenal yang telah berucap dalam acara Bank of Singapore sebelum ini termasuk penerima Hadiah Nobel, Profesor Joseph Stiglitz dan Paul Krugman, selain Ahli Fizik Teori dan Futuris, Dr Michio Kaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bahren Shaari
#Bank of Singapore
#Barack Obama
#Singapura
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan