awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama gesa politik baru bahas idea

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2015
06:46 MYT
Obama gesa politik baru bahas idea
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyampaikan ucapan tahunan pada sidang khas Kongres di Washington DC pada Rabu.
Presiden Barack Obama menggesa pemimpin politik di Amerika Syarikat supaya menolak gaya politik lama sebaliknya berpegang kepada gaya politik baru yang berpaksi kepada pertarungan idea.
Katanya, politik baru ialah politik yang membahaskan isu, nilai, prinsip dan fakta dan bukannya politik yang sibuk dengan kontroversi palsu yang tidak ada kena-mengena dengan kehidupan rakyat.
"Sekiranya kita hendak berbahas, mari kita berbahas -- tetapi jadikanlah perbahasan itu sesuatu yang berbaloi untuk kita dan untuk negara ini," kata Obama dalam ucapan penanggungjawaban pada sidang tahunan Kongres di Washington.
Jelas Obama, pemimpin Demokrat dan Republikan boleh berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi pada masa yang sama, mereka sepatutnya boleh bersetuju dalam beberapa hal.
"Itulah politik yang lebih baik. Begitulah caranya kita membina semula keyakinan. Begitulah seharusnya kita memajukan negara ini. Itulah yang dikehendaki oleh rakyat Amerika. Itulah yang patut mereka dapat," katanya.
Menurut Obama, setiap pemimpin politik harus menyedari bahawa mereka ada kekuatan dan semangat untuk merapatkan jurang perbezaan, bersatu untuk matlamat bersama.
Tegasnya, beliau mahu setiap rakyat Amerika tanpa mengenal latar belakang menyedari bahawa perbezaan mereka sebagai satu anugerah dan bukannya jadi alasan pecah-belah.
Dalam ucapannya pada sidang khas tahunan Kongres itu, Obama membayangkan pelan baru ekonomi yang akan beliau bentangkan dalam masa dua minggu lagi bagi menangani isu ketaksamaan pendapatan rakyat.
Pentadbiran kerajaan Amerika lumpuh pada Oktober 2013 selepas anggota Kongres gagal mencapai kata sepakat berhubung peruntukan belanjawan bagi tahun kewangan bermula pada bulan itu.
Penganalis menganggarkan episod itu mengakibatkan kerugian sehingga AS$55 bilion kepada ekonomi negara itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Barack Obama
#Demokrat
#ekonomi
#politik
#Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan