awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'

Bernama
Bernama
27/12/2025
02:50 MYT
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
OIC menegaskan kepentingan memelihara keselamatan, keamanan dan kestabilan di Afrika, serta menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
JEDDAH: Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam pengiktirafan Israel terhadap wilayah Somaliland sebagai sebuah negara merdeka, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran kedaulatan, perpaduan nasional dan keutuhan wilayah Somalia.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Sekretariat Agung OIC menegaskan solidariti sepenuhnya bersama Somalia, sokongan berterusan terhadap kedaulatan serta keutuhan wilayah negara itu dan sokongan terhadap institusi negara yang sah.
Sekretariat Agung itu turut menekankan keperluan mematuhi Piagam OIC dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta undang-undang antarabangsa berkaitan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara anggota.
Ia juga menegaskan kepentingan memelihara keselamatan, keamanan dan kestabilan di Afrika, serta menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#oic
#Somaliland
#Somalia
#Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami