awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar hak asasi manusia PBB seru Israel dikenakan sekatan sehingga ia patuhi keputusan ICJ

Bernama
Bernama
25/05/2024
08:34 MYT
Pakar hak asasi manusia PBB seru Israel dikenakan sekatan sehingga ia patuhi keputusan ICJ
Israel terus meningkatkan serangannya ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza walaupun selepas ICJ mengarahkannya untuk menghentikan operasinya. - AP
GENEVA: Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Wilayah Palestin yang diduduki, pada Sabtu menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengenakan sekatan terhadap Israel dan menggantung hubungan diplomatik dengannya sehingga ia mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Israel meningkatkan serangannya ke atas Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkannya untuk menghentikan operasinya (ketenteraan) di bandar tersebut," katanya di akaun X miliknya, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Beliau berkata:"Berita yang saya terima daripada orang yang terkepung di Bandar Rafah amat mengerikan. Israel tidak akan menghentikan kegilaan ini sehingga kita menghentikannya."
Albanese menekankan keperluan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel sehingga ia mematuhi keputusan ICJ yang mengarahkan Israel untuk menghentikan serangan tenteranya di Bandar Rafah.
"Negara anggota mesti mengenakan sekatan ke atas Israel, melarang pemberian senjata kepadanya, dan menggantung hubungan politik dan diplomatik dengannya sehingga ia menghentikan serangan.
Perlu diingat bahawa Jabatan Keadilan Antarabangsa telah mengeluarkan perintah pada Jumaat yang menuntut Israel menghentikan operasi tenteranya di Rafah, memastikan pembukaan sempadan Rafah untuk memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, dan menyerahkan laporan kepada mahkamah dalam masa sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan
#Israel
#PBB
#ICJ
#hubungan diplomatik
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan