awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin tetap tegas menentang penjajahan Israel - Mahmoud Abbas

Bernama
Bernama
05/12/2022
02:30 MYT
Palestin tetap tegas menentang penjajahan Israel - Mahmoud Abbas
ABBAS: Setiap jam, Israel melakukan jenayah dan pencabulan terhadap rakyat Palestin, tanah dan tempat suci. - Gambar fail REUTERS
GAZA (Palestin): Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Ahad berikrar untuk kekal teguh menentang penjajahan Israel yang berlanjutan selama beberapa dekad.
Dalam ucapannya menerusi siaran televisyen di bandar Ramallah, Tebing Barat, Abbas berkata pencerobohan Israel akan ditentang dengan kaedah meluaskan penentangan secara aman termasuk tindakan di peringkat antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.
Rakyat Palestin tidak akan menyerah dan "akan tetap teguh menentang pendudukan (Israel)," katanya.
Pihak Berkuasa Palestin akan meneruskan usaha di peringkat antarabangsa "untuk memaksa Israel menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohannya," dan meminta Israel bertanggungjawab atas pencabulannya terhadap Palestin, katanya.
"Setiap jam, Israel melakukan jenayah dan pencabulan terhadap rakyat (Palestin), tanah dan tempat suci," kata pemimpin Palestin itu.
Ketegangan memuncak beberapa minggu kebelakangan ini susulan serbuan berterusan Israel menahan "rakyat Palestin yang dikehendaki" atau untuk merobohkan rumah milik rakyat tempatan.
Serbuan itu mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin hingga menyebabkan beberapa kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#Israel
#penjajahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan