awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan dikecam rakam 'selfie' berlatar belakangkan kebakaran di Dubai

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/01/2016
03:01 MYT
Pasangan dikecam rakam 'selfie' berlatar belakangkan kebakaran di Dubai
Pasangan ini dikritik kerana menganggap insiden ini sebagai sesuatu yang harus diabadikan dalam kenangan.
Tahun 2016 membuka tirainya beberapa jam lalu. Namun bagi penduduk bandaraya Dubai, Emiriah Arab Bersatu, ia diwarnai dengan tragedi apabila sebuah hotel mewah terbakar.
Namun yang mencuri tumpuan adalah bagaimana satu pasangan yang melihat situasi itu sebagai sesuatu yang harus diabadikan dalam kenangan apabila merakamkan gambar berlatarkan belakangkan kebakaran yang berlaku di Hotel Address Downtown di bandaraya itu.
Ia kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram, dengan kapsyen "Selamat Tahun Baru Dubai, semoga kita semua diberkati dan selamat, pertunjukan bunga api di sini sentiasa mengujakan".
Couple takes #selfie while flames engulf The #AddressHotel in #Dubai https://t.co/0jttjQgCyj #BurjKhalifa pic.twitter.com/uGUIERke01
— IBTimes UK (@IBTimesUK) December 31, 2015
Ramai yang menganggap kapsyen itu bukan sahaja tidak sensitif, malah berbunyi sangat sinikal.
Pemilik akaun Instagram ar_atiki itu kemudiannya memadamkan imej itu setelah didesak pengikutnya.
Insiden kebakaran itu menjadi tumpuan di media sosial apabila ramai yang berkongsi video masing-masing, dengan nama Dubai menjadi antara yang trending pagi Jumaat.
Kebakaran bermula di tingkat 20 hotel yang terletak berdekatan Burj Al-Khalifa itu dan telah mengakibatkan kecederaan ke atas 16 orang.
Topic Berkaitan
#Dubai
#Emiriah Arab Bersatu
#Kebakaran Dubai
#selfie
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan