awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patung Jeneral Konfederasi di Washington dimusnahkan penunjuk perasaan

Agensi
Agensi
20/06/2020
15:36 MYT
Patung Jeneral Konfederasi di Washington dimusnahkan penunjuk perasaan
Penunjuk perasaan menyembur patung Albert Pike dengan cat merah sebelum membakarnya sebagai tanda sokongan kepada kempen Black Lives Matter
Protes di Washington memusnahkan satu-satunya patung Jeneral Konfederasi sebelum membakarnya.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan tindakan itu sebagai amat memalukan.
Penunjuk perasaan menjatuhkan patung Albert Pike sambil melaungkan slogan 'Black Lives Matter' dan kemudian membakarnya.
Trump turut memuat naik kapsyen di Twitter berhubung kejadian itu dengan memetik polis tidak menjalankan tugas dan sekadar menyaksikan perbuatan penunjuk perasaan berkenaan.
Trump dan Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser sebelum ini berbeza pendapat berhubung penggunaan kekerasan di ibu negara terbabit yang menyaksikan Trump mengerahkan pasukan keselamatan bagi meredakan ketegangan yang memuncak.
Perarakan dan demonstrasi berlangsung di seluruh Amerika menuntut keadilan perkauman susulan kematian George Floyd.
Penunjuk perasaan sebelum itu berkumpul di Washington berhampiran Lincoln Memorial dan White House.
Beberapa monumen pemimpin konfederasi diruntuhkan oleh penunjuk perasaan sebagai membantah perkauman sistemik, keganasan polis dan ketidakadilan.
Topic Berkaitan
#albert pike
#Black Lives Matter
#George Floyd
#protes
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan