awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan

Bernama
Bernama
22/11/2024
11:44 MYT
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
Penduduk Gaza menghadapi kekurangan makanan, air, bahan api dan bekalan perubatan yang amat serius. - Gambar fail/ Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam akibat gangguan serius dalam penghantaran bantuan penting susulan sekatan dan serangan berterusan oleh Israel.
Menurut Agensi Berita dan PeneranganPalestin (WAFA), Penyelaras Kemanusiaan PBB untuk Wilayah Palestin Yang Diduduki, Muhannad Hadi menzahirkan kebimbangan mengenai situasi kritikal itu dalam satu kenyataan pada Khamis, sambil menekankan kepada kekurangan makanan, air, bahan api dan bekalan perubatan yang amat serius di Gaza.
Hadi memaklumkan sejak enam minggu lepas, Israel telah menyekat kemasukan barangan komersial penting ke wilayah tersebut, sekali gus memburukkan lagi keadaan yang sudah sememangnya serius.
"Nyawa lebih dua juta rakyat Palestin di Gaza berada di ambang bahaya," katanya, menyifatkan perang dan sekatan berterusan itu sebagai tindakan yang membawa penduduk awam ke tahap kritikal untuk terus hidup."
Beliau berkata penduduk Gaza sedang bergelut dengan keadaan mengancam nyawa dan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, tanpa sebarang akses kepada bantuan kritikal yang sangat diperlukan.
Walaupun agensi-agensi kemanusiaan di Gaza terus komited untuk meneruskan operasi mereka, Hadi meluahkan kebimbangannya terhadap kemampuan mereka menjalankan tugas di bawah keadaan seperti itu.
Beliau dengan tegas menyeru agar akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan diberikan ke wilayah itu, sambil menegaskan yang bantuan mesti disalurkan melalui saluran sah dan selamat bagi mengelakkan penderitaan yang lebih teruk.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#nyawa penduduk Gaza
#PBB
#sekatan berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan