awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2023
00:30 MYT
PBB bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing
Seorang remaja Palestin memeriksa rumahnya selepas musnah akibat diserang tentera rejim Zionis Israel di Deir al Balah, Gaza. - Foto AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing, ketika Israel memperhebat serangan ke selatan wilayah itu.
Jurucakapnya Stephane Dujarric tegaskan situasi terkini tidak membenarkan badan dunia itu menyelesaikan isu keperluan asas penduduk.
Kebimbangan utama ketika ini adalah penularan penyakit bawaan air.
"Kebimbangan utama adalah penyakit bawaan air, kerana pengambilan air dari sumber tidak selamat adalah berterusan, khususnya di kawasan utara, yang mana sumber air dari loji utama Israel telah ditutup.
"Sehingga kini tiada penambahbaikan daripada segi akses untuk bekalan air di utara, sama ada untuk tujuan minum atau penggunaan domestik.
"Program Makanan Sedunia juga memberi amaran selepas lapan minggu berperang, wujud risiko tinggi berlakunya kebuluran dalam kalangan penduduk Gaza, termasuk mereka dengan penyakit kronik, golongan berusia dan kanak-kanak kurang upaya," katanya.
Jelas Dujarric, kawasan tengah Gaza kini terputus hubungan sepenuhnya dengan kawasan selatan, susulan larangan pergerakan dikuatkuasakan Israel, termasuk melibatkan penghantaran bekalan kemanusiaan.
Topic Berkaitan
#PBB
#situasi kemanusiaan
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan