awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kecam serangan Israel ke atas Penjara Evin, dakwa langgar undang-undang kemanusiaan

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2025
10:27 MYT
PBB kecam serangan Israel ke atas Penjara Evin, dakwa langgar undang-undang kemanusiaan
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengecam serangan udara Israel ke atas Penjara Evin di Tehran, menyifatkannya sebagai pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan udara Israel ke atas Penjara Evin di Tehran, menyifatkannya sebagai pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ringkasan AI
  • Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengecam serangan udara Israel ke atas Penjara Evin di Tehran, menyifatkannya sebagai pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  • Jurucakap Iran mengesahkan terdapat kematian dan kecederaan, manakala banduan telah dipindahkan ke lokasi lain sebagai langkah keselamatan.
  • Serangan ke atas Penjara Evin, yang menempatkan penentang politik dan warga asing, mencetuskan kecaman antarabangsa termasuk dari Perancis yang bimbang keselamatan dua warganya yang ditahan di situ.

“Penjara Evin bukan sasaran ketenteraan, dan serangan ke atasnya merupakan pelanggaran berat terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata jurucakap hak asasi PBB, Thameen al-Kheetan, dalam sidang media di Geneva pada Selasa, tanpa menyebut nama Israel secara langsung.
Menurut jurucakap kehakiman Iran, Asghar Jahangir, terdapat kematian dan kecederaan dalam serangan tersebut, namun jumlah mangsa tidak didedahkan.
Israel struck Evin prison in northern Tehran, a potent symbol of Iran's governing system, in what Israel called its most intense bombing yet of the Iranian capital a day after the United States joined the war https://t.co/z599B1ma4J pic.twitter.com/vRb6IKS7IC
— Reuters (@Reuters) June 23, 2025
Media kehakiman Mizan melaporkan bahawa banduan telah dipindahkan ke beberapa lokasi lain di wilayah Tehran sebagai langkah keselamatan.
Penjara Evin, yang terletak di utara Tehran, terkenal sebagai pusat tahanan bagi penentang politik, wartawan, aktivis hak asasi dan warga asing yang dituduh atas kesalahan keselamatan negara.
Serangan ke atas fasiliti ini mencetuskan kecaman antarabangsa, termasuk dari Perancis yang menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan dua warganya yang ditahan di situ.
Topic Berkaitan
#Iran
#PBB
#penjara Evin
#Asghar Jahangir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami