awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB keluarkan amaran kelewatan bantuan kemanusiaan di Gaza

Bernama
Bernama
17/12/2025
09:51 MYT
PBB keluarkan amaran kelewatan bantuan kemanusiaan di Gaza
Jumlah bekalan yang memasuki Semenanjung Gaza masih terhad, selain terdapat senarai barangan yang terus disekat oleh pihak berkuasa Israel. - Gambar fail
NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu (OCHA) memberi amaran pada Selasa bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza mengalami kelewatan berikutan kargo bantuan sering diketepikan bagi memberi laluan kepada barangan komersial.
Situasi itu berlaku ketika ribut musim sejuk terus memburukkan lagi keadaan hidup keluarga yang daif dan hilang tempat tinggal.
"Walaupun terdapat usaha berterusan oleh PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan rakan kongsinya, kami terus memberikan respons, namun keperluan sedia ada jauh mengatasi kepantasan tindak balas kami," kata jurucakap OCHA, Olga Cherevko, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Beliau menambah bahawa jumlah bekalan yang memasuki Semenanjung Gaza masih terhad, selain terdapat senarai barangan yang terus disekat oleh pihak berkuasa Israel.
Sekatan itu termasuk jentera berat, peralatan, dan alat ganti yang diperlukan untuk membaiki infrastruktur yang rosak.
Cherevko mendedahkan bahawa kekangan utama masih berterusan.
"Di dalam Gaza, jumlah laluan yang tersedia untuk mengangkut bantuan kekal terhad, begitu juga dengan pintu sempadan yang boleh dilalui oleh bekalan bantuan," katanya.
"Semua halangan ini mesti dihapuskan," tegas beliau. "Kami mempunyai kapasiti untuk bertindak balas, tetapi kami terhalang pada ketika keperluan penduduk meningkat lebih cepat daripada apa yang mampu kami penuhi."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OCHA
#PBB
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan