awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis

Agensi
Agensi
15/05/2023
01:00 MYT
Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Jibril Ibrahim (dua dari kanan) mengadakan pertemuan dengan Wakil Khas PBB ke Sudan, Volker Perthes (tengah) dan beberapa delegasi lain. - Gambar REUTERS
PEGAWAI-PEGAWAI tertinggi Sudan telah bertemu dengan delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.
Ia selepas sebulan pertempuran yang menyebabkan keadaan di negara itu bertambah buruk dan dilanda krisis kemanusian.
Dalam satu perkongsian, Menteri Kewangan Sudan, Jibril Ibrahim bertemu dengan Wakil Khas PBB ke Sudan, Volker Perthes.
Pertemuan membincangkan pelbagai isu termasuk bantuan yang diperlukan dan masalah kekurangan bekalan air.
Sudan yang kini dilanda kerencatan sektor pertanian akibat kekurangan bekalan air memohon sokongan penuh pertubuhan itu untuk mendepani kekurangan bekalan makanan pada masa akan datang.
Pertemuan diadakan di Port Sudan, lokasi perlindungan bagi kebanyakan penduduk Sudan yang melarikan diri daripada kawasan terjejas sejak pertempuran.
Sejumlah 200,000 orang telah melarikan diri ke negara-negara jiran dan lebih daripada 700,000 pula berlindung di beberapa kawasan di Sudan, menyebabkan krisis kemanusian semakin meningkat sekali gus menggugat kestabilan negara itu.
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#PBB
#Volker Perthes
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan