awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang pakaian di Bangladesh tuntut gaji dilunaskan

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2020
02:07 MYT
Pekerja kilang pakaian di Bangladesh tuntut gaji dilunaskan
Lebih 1,000 penunjuk perasaan melakukan protes berikutan tidak dibayar gaji. - REUTERS
PERTEMPURAN tercetus antara pekerja kilang pakaian yang melakukan tunjuk perasaan dan pasukan polis di Dhaka, Bangladesh pada Rabu.
Lebih 1,000 penunjuk perasaan menggesa supaya gaji mereka dilunaskan serta diberi bonus menjelang sambutan Aidilfitri.
Menurut peserta protes, ada segelintir pekerja yang gagal dibayar gaji oleh majikan sejak beberapa bulan lalu.
Pihak polis turut menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan terbabit.
Terdapat lebih 4,000 kilang pakaian di Bangladesh yang menggaji kira-kira empat juta pekerja, kebanyakannya wanita dari luar bandar.
Selepas China, Bangladesh merupakan pengeluar dalam industri pakaian kedua terbesar di dunia yang menjana ASD35 bilion setahun daripada hasil eksport.
Susulan pandemik COVID-19, beberapa jenama fesyen terkemuka dari Eropah telah membatalkan pesanan dan enggan membuat pembayaran.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Bangladesh
#China
#polis
#protes
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan