awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kos ubat meningkat 40 peratus, peranti hospital cecah 100 peratus - Dzulkefly

Asyraf Malik
Asyraf Malik
10/04/2026
05:19 MYT
Konflik Asia Barat: Kos ubat meningkat 40 peratus, peranti hospital cecah 100 peratus - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pelan mitigasi jangka pendek, sederhana dan panjang sedang dirangka bagi menampung impak terhadap industri farmaseutikal susulan konflik di rantau Asia Barat. - Foto Bernama
Kos ubat-ubatan di Malaysia meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus susulan gangguan rantaian bekalan global akibat konflik di Asia Barat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kos logistik, pengangkutan dan harga minyak yang memberi kesan langsung terhadap industri farmaseutikal.
“Peranti perubatan di hospital turut mencatatkan peningkatan kos yang lebih ketara sehingga 50 atau 100 peratus kerana pembekal sejak Mac lagi sudah enggan menghantar bekalan.
"Mereka put on hold, itu membuatkan sesetengah harga peranti melambung. Kementerian Kesihatan akan melakukan sehabis baik untuk menyerap kenaikan kos ini supaya khidmat rawatan yang mampan dapat terus dinikmati rakyat.
"Kami mempertimbangkan mekanisme surcharge dan cost pass-through bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Pendengaran Sedunia, di sini, pada Jumaat.
Katanya lagi, pelan mitigasi jangka pendek, sederhana dan panjang sedang dirangka bagi menampung impak terhadap industri farmaseutikal susulan konflik di rantau Asia Barat.
"Setakat ini sektor kesihatan negara belum ada yang menanggung kesan secara signifikan daripada pergolakan di Asia Barat.
"Bagaimanapun pemantauan akan terus dibuat bersama langkah yang lebih ketat, kami tidak mahu berasa selesa kerana negara perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan," kata Dzulkefly.
Tambah beliau, bekalan ubat-ubatan negara masih mencukupi sehingga Jun dan keadaan kini terkawal tanpa perlu mencetuskan situasi panik.
“Negara mempunyai stok simpanan ubat-ubatan tersendiri sebagai persediaan, Kementerian Kesihatan turut menjalankan perkongsian data dengan pemain industri bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi.
"Insya-Allah tidak akan ada yang ketandusan bekalan ubat-ubatan, kerajaan memberikan penekanan kepada essential drugs seperti insulin, vaksin dan lain-lain.
"Perlu diingat, jangan ada sesiapa yang menyimpan stok ubat-ubatan secara berlebihan kerana ia merupakan tanggungjawab nasional," tegas Dzulkefly.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#kenaikan kos ubat
#peranti hospital
#gangguan rantaian bekalan
#Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan