awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle

Bernama
Bernama
14/04/2026
07:01 MYT
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
Bhosle, 92, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai pada Ahad akibat kegagalan pelbagai organ. - Foto AP

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian legenda muzik India, Asha Bhosle, yang disifatkan sebagai kehilangan besar kepada dunia seni dan kebudayaan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menyifatkan Bhosle sebagai figura seni yang telah menyatukan emosi, tradisi dan pensejarahan melalui ribuan karya merentas generasi, dengan suara unik yang sarat dengan jiwa dan tenaga sehingga menghidupkan layar perak serta drama yang menyentuh jutaan peminat di seluruh dunia.

“Sebagai adinda kepada Lata Mangeshkar, beliau telah mengangkat legasi keluarga yang begitu besar dalam khazanah seni Asia Selatan dan tetap membina jalur kepemimpinan seninya dengan gaya tersendiri, selain berani bereksperimen, buat lebih daripada sekadar biasa, tidak mediocre, malah terus relevan dalam arus dan rencam zaman yang sentiasa menjanjikan perubahan dan citra baharu,” kata beliau.

Anwar turut menyampaikan takziah kepada keluarga mendiang serta seluruh pencinta seni, sambil berharap legasi Bhosle terus menyemarak dan menjadi ilham kepada generasi akan datang dalam memperkaya dunia muzik dan kebudayaan.

Bhosle, 92, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai pada Ahad akibat kegagalan pelbagai organ selepas dimasukkan pada Sabtu kerana jangkitan dada. Penyanyi playback terkenal Bollywood itu dikebumikan pada Isnin di Shivaji Park, menurut laporan media tempatan.

Dilahirkan pada 8 Sept 1933, penyanyi itu merakamkan lebih 12,000 lagu dalam kira-kira 800 filem sepanjang kerjaya seni yang merentasi beberapa dekad, selain diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness pada 2011 sebagai artis dengan jumlah rakaman studio terbanyak.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Asha Bhosle
#muzik
#meninggal dunia
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan