awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Thailand transit di Malaysia kes terbaharu COVID-19 di Thailand

Bernama
Bernama
30/05/2020
16:43 MYT
Pelajar Thailand transit di Malaysia kes terbaharu COVID-19 di Thailand
Seorang pelajar Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan masuk ke negara itu menerusi sempadan Malaysia merupakan kes COVID-19 terbaharu. - Gambar fail/REUTERS
Seorang pelajar Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan masuk ke negara itu menerusi sempadan Malaysia merupakan kes COVID-19 terbaharu direkodkan di Thailand.
Pelajar berusia 26 tahun itu tiba di Kuala Lumpur dan menaiki bas ke Narathiwat, Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata pelajar berkenaan dimasukkan ke fasiliti kuarantin pada 25 Mei dan disahkan positif COVID-19 semalam.
"Semua 39 penumpang di dalam bas itu menjalani ujian saringan COVID-19," katanya pada sidang media pada Sabtu.
Sehingga kini, tiada kematian dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara itu adalah 3,077 dengan 57 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#ICQS
#pelajar Thailand
#sempadan Malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan