awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong asing mengeluh, pembukaan Bali cetus kekeliruan

Agensi
Agensi
14/03/2022
08:32 MYT
Pelancong asing mengeluh, pembukaan Bali cetus kekeliruan
Ada pelancong yang mengeluh terpaksa menginap di hotel patuh CHSE di Kuta, berbanding menghabiskan masa di lokasi lain yang lebih digemari di Bali. - Gambar fail/ unsplash.com
BALI: Pelancong asing yang teruja mengunjungi Pulau Bali, Indonesia mengeluh dengan beberapa kekeliruan dan kesulitan berkaitan syarat kemasukan ke pulau peranginan popular itu.
South China Morning Post melaporkan, menerusi pengalaman pengembara, kebanyakan daripada mereka tidak maklum tentang caj visa sewaktu ketibaan yang kini dikenakan sebanyak AS$35 (500,000 Rupiah) seorang.
Kekeliruan itu berpunca daripada perancangan percutian mereka yang kebanyakannya dibuat sebelum tarikh 7 Mac 2022, apabila Bali dibuka semula dengan syarat baharu.
Tahun-tahun sebelumnya, dalam usaha menarik kembali kunjungan pelancong, pemerintah Indonesia pernah mencanangkan tentang pemansuhan caj visa sewaktu ketibaan, yang ketika itu hanya AS$25 (350,000 Rupiah) ke atas pelancong Australia, China, Japan, Korea Selatan dan Rusia.
Selain caj visa itu, kos tambahan yang perlu ditanggung pelancong yang mahu ke Pulau Dewata itu kini termasuk keperluan menjalani tiga kali ujian PCR.
Pertama adalah ujian yang dibuat tidak lebih dari 48 jam dengan keputusan negatif sebelum berangkat dari destinasi asal, dan kemudian ujian PCR kedua semasa tiba di Bali.
Selepas dibawa ke hotel yang ditentukan dalam senarai patuh kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kelestarian persekitaran (CHSE), pelancong perlu berada di dalam bilik sehingga menerima keputusan negatif dari ujian kedua itu, yang boleh mengambil masa sehingga 24 jam.
Dua hari selepas itu, pelancong dikehendaki mengambil ujian sekali lagi.
Tidak cukup dengan itu, kadar penginapan di hotel patuh CHSE di Kuta, yang bukan menjadi pilihan pelancong, kini berharga bermula AS$50 (RM210) semalam. Kadar itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding harga penginapan di Canggu yang lebih digemari peluncur ombak, dan di kota spiritual, Ubud.
Ketika umum mengakui Indonesia sedang menyokong industri pelancongannya, ramai mula membandingkan syarat di destinasi percutian lain seperti Australia dan Maldives, yang hanya memerlukan satu hasil ujian negatif sewaktu ketibaan.
“Memang bagus melihat pemerintah sangat berhati-hati dalam hal ini, namun, saya tidak menyokong syarat ini. Tiga kali ujian PCR agak melampau bagi saya. Ujian pantas sewaktu ketibaan sudah memadai," kata pakar epidemiologi tempatan, Dr Dicky Budiman.
Para pelancong yang datang ke Bali juga perlu memuat turun aplikasi pengesanan PeduliLindungi, dan memuat naik borang pengawasan kesihatan yang diisi penuh, sijil vaksinasi lengkap dan sijil insurans perjalanan.
Topic Berkaitan
#Bali
#syarat kemasukan
#Pelancong asing
#ujian PCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan