awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
08:44 MYT
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
Sekuel KPop Demon Hunters kini dalam proses pembikinan, namun penonton dijangka perlu menunggu lebih lama kerana penerbitan animasi mengambil masa panjang dan hanya disasarkan untuk tayangan pada 2029. -Foto fail
KEJAYAAN global KPop Demon Hunters terus mencetuskan perbincangan mengenai masa depan francais itu, terutama selepas figura rasmi pertama filem berkenaan dipasarkan, sekali gus mengundang spekulasi bahawa sekuel sedang disiapkan.

Ringkasan AI
  • Kejayaan global filem KPop Demon Hunters mengundang spekulasi mengenai kemungkinan sekuel yang sedang disiapkan, dengan penonton dijangka perlu menunggu sehingga tahun 2029 untuk tontonan animasi seterusnya.
  • Laporan Bloomberg mendedahkan Netflix telah memuktamadkan perjanjian untuk menghasilkan filem kedua bersama pengarah Maggie Kang, Chris Appelhans, dan Sony Corp, sementara dua sekuel tambahan juga dirancang untuk membentuk trilogi lengkap.
  • KPop Demon Hunters, yang menjadi filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix, telah meraih kejayaan besar dengan trek utamanya "Golden" yang memecahkan rekod carta global serta meraih Anugerah Grammy dan pencalonan Oscar.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Penulis lagu filem tersebut, Mark Sonnenblick, dalam laporan media antarabangsa mengesahkan bahawa sekuel kini dalam proses pembangunan, namun penonton dijangka perlu menunggu lebih lama kerana penerbitan animasi mengambil masa panjang dan hanya disasarkan untuk tayangan pada 2029.
Momentum francais ini turut melonjak selepas laporan Bloomberg pada November lalu mendedahkan bahawa Netflix telah memuktamadkan perjanjian dengan pengarah Maggie Kang dan Chris Appelhans serta Sony Corp untuk menghasilkan filem kedua.
Dua lagi sekuel tambahan juga dilaporkan dirancang bagi membentuk trilogi lengkap, selain projek 'live action' dan muzikal pentas yang kini berada dalam fasa pembangunan awal.
Sejak tayangannya, KPop Demon Hunters menjadi fenomena budaya pop antarabangsa, dengan gelaran sebagai filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.
Trek utamanya “Golden” bukan sahaja memecahkan rekod carta global, malah meraih Anugerah Grammy dan menerima pencalonan Oscar bagi kategori Lagu Asal Terbaik.
Dengan pengaruh yang semakin meluas, pelancaran figura rasmi KPop Demon Hunters dilihat sebagai langkah strategik Netflix dan Sony untuk mengukuhkan daya tarikan francais, seterusnya membina landasan kukuh bagi pelancaran sekuel dalam beberapa tahun akan datang.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah perkembangan terkini berkaitan dengan sekuel filem KPop Demon Hunters? A: Penulis lagu filem menyatakan bahawa sekuel sedang dalam proses pembangunan dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2029.
  • Q: Siapakah syarikat-syarikat yang terlibat dalam penghasilan filem kedua KPop Demon Hunters? A: Netflix telah memuktamadkan perjanjian dengan pengarah Maggie Kang dan Chris Appelhans serta Sony Corp untuk menghasilkan filem kedua.
  • Q: Apakah pencapaian filem KPop Demon Hunters sehingga menjadi fenomena budaya pop antarabangsa? A: Filem ini menjadi filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix, trek utamanya "Golden" memecahkan rekod carta global, meraih Anugerah Grammy, dan menerima pencalonan Oscar bagi kategori Lagu Asal Terbaik.

Topic Berkaitan
#Netflix
#KPop Demon Hunters
#Golden
#Mark Sonnenblick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan