awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan terkejut dihidangkan mi daging manusia

Agensi
Agensi
31/10/2018
11:52 MYT
Pelanggan terkejut dihidangkan mi daging manusia
Polis telah membuat serbuan dan menemui percikan darah serta cebisan daging manusia di lantai dan dinding dapur kedai makan berkenaan.
Satu kes pembunuhan di Bangkok, Thailand terbongkar pelanggan di sebuah vegetarian menemui daging dalam hidangan mi yang dimakannya.
Menurut laporan media tempatan yang juga dipetik agensi berita antarabangsa, daging yang dinikmati pelanggan itu rupa-rupanya bukan dari haiwan, sebaliknya daging manusia.
Hasil laporan pelanggan yang curiga itu, polis telah membuat serbuan dan menemui percikan darah serta cebisan daging manusia di lantai dan dinding dapur kedai makan berkenaan.
Siasatan lanjut membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas di dalam sebuah tangki septik.
Mangsa yang dikenali sebagai Prasit Inpathom, 61 tahun, bukanlah orang asing sebaliknya pelanggan tetap.
Dia kali terakhir dilihat menikmati minuman di warung berkenaan pada 21 Oktober lalu.
Lelaki itu dibunuh selepas bertengkar dengan pemilik warung.
Terdapat kesan pukulan objek tumpul pada kepala mangsa serta kesan beberapa tikaman pada tubuhnya.
Gelabah kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan, pemilik warung itu bertindak memasaknya dan menghidangkannya kepada pelanggan.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#daging manusia
#kes pembunuhan
#Prasit Inpathom
#Thailand
#vegetarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan