awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelapor khas PBB kecam kenyataan menteri Jerman mengenai serangan ke atas rakyat Palestin

Bernama
Bernama
16/10/2024
11:15 MYT
Pelapor khas PBB kecam kenyataan menteri Jerman mengenai serangan ke atas rakyat Palestin
Albanese (kiri) mengecam tindakan Baerbock yang mempertahankan pengeboman Israel terhadap kawasan penempatan orang awam Palestin di Gaza. - Gambar fail
RAMALLAH: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin, Francesca Albanese mengecam tindakan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock yang mempertahankan pengeboman Israel terhadap kawasan penempatan orang awam Palestin di Gaza, memberi amaran tentang implikasi undang-undang menyokong negara yang melakukan jenayah antarabangsa.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), perkara itu disampaikan menerusi hantaran pelapor khas berkenaan di platform X, di mana beliau memberi maklum balas terhadap kenyataan Menteri Luar Jerman yang mengesahkan serangan Israel ke atas tempat perlindungan orang awam Palestin.
Pelapor khas itu menyatakan kebimbangannya terhadap pendirian Jerman mengenai Israel dan Palestin serta "akibat serius" yang mungkin timbul.
"Sebagai Pakar Bebas PBB, saya amat bimbang dengan pendirian yang diambil Jerman terhadap Israel/Palestin, serta implikasi dan kesannya yang berbahaya," katanya di X.
Menurut Albanese, Baerbock perlu diminta untuk mengemukakan bukti terhadap dakwaannya dan kemudian menjelaskan bagaimana 'objek awam kehilangan status dilindungi' mewajarkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza dan tempat lain.
"Seandainya Jerman memutuskan untuk berdiri bersama sebuah negara yang melakukan jenayah antarabangsa, itu adalah pilihan politik tetapi ia juga mempunyai implikasi undang-undang. Semoga keadilan ditegakkan apabila politik gagal," kata Albanese.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#rakyat Palestin
#Pelapor Khas PBB
#Francesca Albanese
#kecam menteri Jerman
#pertahan pengeboman Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan