awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2024
00:00 MYT
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Orang ramai dilihat berjalan kaki ketika melintasi sempadan Syria dari Lubnan. - Foto AP
LEBIH 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, usaha bantuan oleh pihak berkuasa Syria, misi Bulan Sabit Merah, pejabat UNHCR dan organisasi lain sedang giat dijalankan di kawasan sempadan.
Pada Jumaat, pesawat Israel menyerang pusat pemeriksaan Masnaa di wilayah Lubnan, menyebabkan lalu lintas di lebuh raya Beirut-Damsyik terhenti di kedua-dua arah dan laluan utama untuk pelarian terputus.
Israel memulakan serangan darat terhadap Hezbollah di selatan Lubnan pada Isnin, sementara serangan udara dan roket antara satu sama lain terus berlanjutan.
Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati berkata pada Rabu, bahawa kira-kira 1.2 juta orang, termasuk pelarian Syria, telah kehilangan tempat tinggal akibat permusuhan itu.
Menteri Kesihatan Lubnan Firass Abiad pula berkata pada Khamis, bahawa hampir 2,000 orang terbunuh dan lebih 9,000 lagi cedera dalam serangan Israel.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Syria
#lubnan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan