awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan sisa air terawat Fukushima: Pelawat Jepun ke China dinasihat berhati-hati

Bernama
Bernama
29/08/2023
05:54 MYT
Pelepasan sisa air terawat Fukushima: Pelawat Jepun ke China dinasihat berhati-hati
Kementerian itu juga meminta mereka mengelak daripada mendekati penunjuk perasaan dan merakam video aktiviti sedemikian di telefon pintar masing-masing. -AP
BEIJING: Kementerian Luar Jepun menggesa warganya yang membuat perjalanan ke China atau menetap di negara ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga, ekoran beberapa bantahan dan insiden gangguan yang berlaku di China berikutan pelepasan sisa air terawat daripada loji tenaga nuklear Fukushima.
Berdasarkan situasi semasa rakyat Jepun di negara ini dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam melawat kedutaan atau sekolah Jepun.
Kementerian itu juga meminta individu mengelak daripada mendekati penunjuk perasaan dan merakam video aktiviti sedemikian di telefon pintar masing-masing.
Kementerian Luar China mengkritik keputusan Jepun melepaskan air terawat itu yang didakwanya menyumbang kepada kebangkitan semula sentimen anti-Jepun di China.
Pada tahun 2012, protes anti-Jepun diadakan di seluruh China sebagai tindak balas terhadap nasionalisasi kerajaan Jepun ke atas Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.
Pulau-pulau itu juga dituntut oleh China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Jepun
#pelepasan sisa air terawat
#loji tenaga nuklear Fukushim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan