awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang Korea Selatan kemuka usul dakwa Pemangku Presiden, undi ditetapkan Jumaat

Bernama
Bernama
26/12/2024
09:32 MYT
Pembangkang Korea Selatan kemuka usul dakwa Pemangku Presiden, undi ditetapkan Jumaat
Parti Demokratik telah berikrar untuk mendakwa Han Duck Soo (gambar) melainkan pemangku presiden meluluskan pelantikan calon hakim yang dicadangkan mereka. - AP
SEOUL: Parti Demokratik (DP), parti pembangkang utama Korea Selatan telah mengemukakan usul pendakwaan terhadap Pemangku Presiden Han Duck-soo dan melaporkannya kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Keputusan itu dibuat sejurus selepas Han menyatakan beliau tidak akan melantik hakim di Mahkamah Perlembagaan sehingga parti-parti bersaing mencapai kompromi politik.
DP telah berikrar untuk mendakwa Han melainkan pemangku presiden itu meluluskan pelantikan calon hakim yang dicadangkan mereka memandangkan Parlimen yang dikuasai pembangkang bersedia untuk mengundi pelantikan mereka.
Jika dilantik, ketiga-tiga calon itu akan mengisi kekosongan di mahkamah yang kini mempunyai sembilan anggota hakim dengan enam daripadanya sedang berkhidmat, untuk membincangkan pendengaran pendakwaan Presiden Yoon Suk Yeol. Mengikut undang-undang, sekurang-kurangnya enam undi diperlukan untuk melaksanakan pendakwaan itu.
DP merancang untuk mengemukakan usul itu untuk undian semasa sesi pleno pada Jumaat.
Mengikut undang-undang, usul pendakwaan mesti diundi dalam tempoh antara 24 hingga 72 jam selepas ia dilaporkan kepada sidang pleno.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti pembangkang
#Korea Selatan
#usul pendakwaan
#Han Duck Soo
#pelantikan hakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan