awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Abby Choi: Suspek ketujuh ditahan di China

Agensi
Agensi
07/03/2023
06:59 MYT
Pembunuhan Abby Choi: Suspek ketujuh ditahan di China
Wanita itu ditahan kerana disyaki membantu dalam pembunuhan Abby Choi (gambar). -Instagram
SEORANG wanita warganegara Hong Kong telah ditahan di China berhubung pembunuhan kejam model Abby Choi, sekali gus menjadi individu ketujuh yang ditahan sebagai suspek.
Suspek telah diserahkan kepada polis Hong Kong di pusat kawalan sempadan pada Selasa, kata sumber.
Wanita itu ditahan kerana disyaki membantu dalam pembunuhan sosialit berusia 28 tahun itu.
Dia merupakan individu ketiga yang ditahan atas sebab itu.
Selain wanita itu, enam individu lain yang ditahan ialah bekas suami Choi, Alex Kwong Kong-chi, 28; bekas bapa mertua Kwong Kau, 65; bekas ibu mertua Jenny Li Sui-heung, 63; bekas abang ipar Anthony Kwong Kong-kit, 31; seorang wanita, Ng, 47 tahun; dan kakitangan syarikat kapal layar yang juga rakan bekas suami Choi, Lam Shun, 41 tahun.
Kes pembunuhan Choi menarik perhatian media di seluruh dunia selepas mangsa dilaporkan hilang pada 21 Februari lalu dan beberapa bahagian badan termasuk kakinya ditemui pada 24 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#abby choi
#wanita warganegara Hong Kong
#suspek ketujuh
#Alex Kwong Kong-chi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan