awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Speaker Dewan Perwakilan AS temui jalan buntu

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2023
02:25 MYT
Pemilihan Speaker Dewan Perwakilan AS temui jalan buntu
Kevin McCarthy (tengah) ialah calon yang disokong majoriti, tetapi beliau kalah 10 pusingan undian sejak 3 hari lepas. - Foto AP
WASHINGTON: Usaha mencari seorang Speaker untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) terus menemui jalan buntu untuk hari ketiga berturut-turut.
Tiga pusingan pengundian sejak Pemilihan Speaker bermula semasa sesi pertama Kongres pada Selasa, gagal capai persetujuan berhubung calon Speaker.
Pada Rabu, tiga lagi pusingan diadakan tetapi turut menemui jalan buntu sebelum pemilihan ditangguhkan.
Ia kini memasuki hari ketiga pengundian.
Kevin McCarthy ialah calon yang disokong majoriti, tetapi beliau kalah 10 pusingan undian sejak 3 hari lepas.
Aantara lain, kebuntuan disumbang kerana 20 ahli Republikan mengundi untuk Ahli Kongres Florida, Byron Donalds dan bukannya McCarthy yang disokong majoriti parti itu.
Ahli Parlimen tidak boleh mengangkat sumpah jawatan secara rasmi sehingga pemilihan Speaker dibuat.
Situasi seperti ini kali pertama berlaku dalam satu abad apabila dewan gagal memilih Speaker dalam undian pertama.
Republikan menguasai majoriti 222-212 perwakilan dalam Dewan dengan 218 undi diperlukan untuk memilih Speaker.
Topic Berkaitan
#Speaker
#Dewan Perwakilan AS
#Jalan Buntu
#pengundian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan