awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza

Bernama
Bernama
26/07/2024
10:19 MYT
Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan ICJ minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram. -Gambar fail/Reuters
RAMALLAH: Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada pada Jumaat menggesa gencatan senjata segera di Gaza dalam satu kenyataan bersama, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
"Gencatan senjata segera amat diperlukan," menurut kenyataan itu.
"Orang awam mesti dilindungi dan peningkatan berterusan dalam aliran bantuan di seluruh Gaza diperlukan untuk menangani situasi kemanusiaan."
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.
"Kami menyeru Israel untuk memberi maklum balas secara substantif kepada pendapat nasihat ICJ, dan memastikan akauntabiliti terhadap tindakan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin oleh peneroka pelampau, membalikkan perluasan penempatan di Tebing Barat yang haram di bawah undang-undang antarabangsa dan berusaha ke arah penyelesaian dua negara," menurut kenyataan itu.
"Kami sangat bimbang tentang kemungkinan peningkatan ketegangan di seluruh rantau ini."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Australia
#ICJ
#New Zealand
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan