awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Itali, Poland, Czech pantau 'ketidakstabilan' di Rusia

Bernama
Bernama
24/06/2023
13:48 MYT
Pemimpin Itali, Poland, Czech pantau 'ketidakstabilan' di Rusia
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Itali itu pada Sabtu, pihaknya memantau dengan teliti pemberontakan bersenjata oleh tentera upahan Yevgeny Prigozhin. - Gambar fail/Reuters
ROME: Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata persengketaan antara tentera Rusia dan tentera upahan Wagner menunjukkan bahawa "pencerobohan terhadap Ukraine juga membawa kepada ketidakstabilan dalam Persekutuan Rusia".
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Itali itu pada Sabtu, pihaknya memantau dengan teliti pemberontakan bersenjata oleh tentera upahan Yevgeny Prigozhin.
Ahli politik sayap kanan itu, berkata beliau merancang untuk bertemu dengan menteri berkaitan dan perkhidmatan rahsia Itali pada Sabtu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di Rusia, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Rakyat Itali di Rusia digesa supaya mengambil langkah berjaga-jaga, menurut Kementerian Luar.
Poland dan Republik Czech, yang merupakan penyokong kuat Ukraine turut memantau perkembangan di Rusia.
Menteri Luar Czech Jan Lipavsky memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Rusia.
Amaran perjalanan telah dikuat kuasa kerana keadaan keselamatan di Rusia boleh merosot, lapor agensi berita CTK memetik kenyataan pemimpin itu.
Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Belarus Alexander Lukashenko, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menerusi panggilan telefon, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, lapor Sputnik.
"Presiden memberi taklimat kepada rakannya mengenai situasi itu," kata Peskov kepada pemberita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran perjalanan
#memantau perkembangan
#tentera upahan
#pemberontakan bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan