awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin NPP Anura Kumara Dissanayake dipilih sebagai Presiden Sri Lanka

Bernama
Bernama
23/09/2024
03:09 MYT
Pemimpin NPP Anura Kumara Dissanayake dipilih sebagai Presiden Sri Lanka
Dissanayake melambai kepada penyokong selepas memenangi pilihan raya presiden di Colombo, Sri Lanka. - Foto AP
COLOMBO: Calon Parti National People's Power (NPP) Anura Kumara Dissanayake muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada Ahad, lapor Xinhua.
Memandangkan tiada calon memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, Suruhanjaya Pilihan Raya mengira pilihan kedua dan ketiga daripada dua calon utama, kali pertama dalam sejarah pilihan raya presiden Sri Lanka.
Dissanayake memperoleh 5,634,915 undi pada kiraan pertama dan 105,264 undi mengikut keutamaan semasa kiraan kedua.
Calon Parti Samagi Jana Balawegaya yang juga pesaing utamanya Sajith Premadasa memperoleh 4,363,035 undi dalam kiraan pertama dan 167,867 undi mengikut keutamaan pada kiraan kedua.
Dalam hantaran di platform media sosial X selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Dissanayake berkata: "Jutaan mata yang dipenuhi dengan harapan dan jangkaan mendorong kami ke hadapan, dan bersama-sama, kami bersedia untuk menulis semula sejarah Sri Lanka."
Penyandang presiden Ranil Wickremesinghe, gagal dengan jumlah keseluruhan 2,299,767 undi.
Menurut Bahagian Media Presiden, Wickremesinghe menyampaikan ucapan khas selepas keputusan diumumkan.
Beliau berkata bahawa rakyat negara itu telah membuat keputusan dalam pilihan raya presiden, dan mereka mesti menghormati keputusan berkenaan serta bertindak mengikut mandat itu untuk memastikan kelancaran pentadbiran negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anura Kumara Dissanayake
#presiden
#Marxist
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan