awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran

Bernama
Bernama
08/02/2025
23:10 MYT
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Ayatollah Ali Khamenei menyambut kedatangan Khalil al-Hayya dalam pertemuan mereka di Tehran. - Foto AP
TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi Khamenei, beliau menerima kunjungan Pengerusi Majlis Syura Hamas Mohammad Darwish, Pemangku Ketua Hamas Khalil al-Hayya dan pemimpin Hamas di Tebing Barat Zaher Jabarin, bersama beberapa pegawai lain.
Khamenei menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Gaza bulan lepas sebagai satu "pencapaian besar" dan menggesa dunia Islam serta semua "penyokong perjuangan" untuk membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza.
"Warga Iran tidak ragu-ragu dalam mempertahankan Palestin dan menyokong rakyat Palestin," katanya, sambil menegaskan bahawa "isu Palestin adalah keutamaan bagi kami dan kemenangan Palestin adalah sesuatu yang pasti."
Beliau turut tidak mengendahkan ancaman Amerika Syarikat terhadap Iran, dengan menyatakan bahawa ancaman itu tidak memberi kesan kepada pemikiran rakyat Iran.
Menurut kenyataan itu, para pemimpin Hamas memberi taklimat kepada Khamenei mengenai situasi terkini di Gaza dan Tebing Barat serta "kejayaan dan kemenangan yang telah dicapai," sambil mengucapkan penghargaan kepada Iran dan rakyatnya atas sokongan berterusan mereka.
Lawatan ke Tehran ini merupakan persinggahan ketiga dalam siri lawatan serantau oleh delegasi Hamas, selepas mengunjungi Mesir dan Turkiye sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ayatollah Ali Khamenei
#Khalil Al-Hayya
#Hamas
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan