awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penasihat tentera Iran terbunuh dalam serangan Israel di Syria

Bernama
Bernama
26/12/2023
04:20 MYT
Penasihat tentera Iran terbunuh dalam serangan Israel di Syria
Pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Sayyed Razi terbunuh dalam serangan Israel di pinggir bandar ibu negara Syria, Damsyik.
TEHRAN (Iran): Seorang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terbunuh dalam serangan Israel di pinggir bandar ibu negara Syria, Damsyik, menurut media Iran pada Isnin lapor Agensi Anadolu (AA).
Menurut laporan media, Sayyed Razi yang berkhidmat sebagai penasihat kanan tentera untuk IRGC di Syria, maut dalam serangan udara di kawasan Sayyeda Zeinab di Damsyik.
Dalam satu kenyataan, jabatan perhubungan awam IRGC menyifatkan Razi sebagai "penasihat tentera berpengalaman dan rakan baik kepada komander tentera yang terbunuh Jeneral Qassem Soleimani.
Pembunuhan Razi berlaku di tengah-tengah siri serangan ke atas pangkalan tentera AS dan kepentingan Israel di Iraq dan Syria dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang dikaitkan dengan kumpulan yang disokong oleh Iran di Iraq.
Iran mengekalkan kehadiran tentera yang ketara di Syria dan kerap mencetuskan ketegangan antara Tehran dan Washington memandangkan tentera Amerika juga ditempatkan di negara itu.
Peningkatan ketegangan itu berlaku ketika konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza masih berterusan, meragut hampir 20,700 nyawa rakyat Palestin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penasihat tentera Iran
#Sayyed Razi
#IRGC
#Israel serang Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan