awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran di utara Thailand jejas pelancongan

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2023
00:20 MYT
Pencemaran di utara Thailand jejas pelancongan
Pemandangan di bandar Chiang Mai yang dilanda pencemaran udara buruk. - Foto REUTERS
CHIANG MAI: Tahap pencemaran yang tinggi di bandar Chiang Mai di utara Thailand menjejaskan kemasukan pelancong dan mencetus kebimbangan penduduk tempatan.
Sehubungan itu, kerajaan mengeluarkan arahan menggesa penduduk di kawasan sekitar agar mengelakkan aktiviti di luar berikutan pencemaran udara yang tinggi.
Bandar itu mendahului Lahore dan New Delhi, kini berada di tangga teratas dalam carta global IQAir mengenai kualiti udara yang buruk.
Menurut Presiden Persatuan Hotel Thai bahagian utara, Phunut Thanalaopanich, tempahan hotel di bandar itu telah menurun kepada 45 peratus walaupun Chiang Mai merupakan destinasi pelancongan terkenal di Thailand.
Bandar itu menerima 10.8 juta pelancong ketika era pra pandemik.
Angka itu jauh lebih rendah daripada 80 peratus hingga 90 peratus yang dijangkakan menjelang cuti Tahun Baharu Thai minggu ini, yang dikenali sebagai Songkran.
Menangani kemerosotan kualiti udara di utara, Kementerian Kesihatan Thailand menggesa orang ramai untuk mengelakkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka.
Chang Mai, bandar ketiga terbesar di Thailand, merekod skor 289 pada indeks kualiti udara IQAir pada bulan Mac.
Pada Isnin ia telah berkurangan kepada 171, tetapi masih 19 kali ganda melebihi paras yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pihak berkuasa telah menyalahkan kebakaran hutan dan pembakaran tanaman di Thailand dan negara jirannya.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha berkata, beliau sedang berunding dengan Laos dan Myanmar untuk mengurangkan kawasan panas di kawasan sempadan bagi mengekang jerebu rentas sempadan.
Topic Berkaitan
#jerebu
#pencemaran
#pelancong
#IQAir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan