awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceroboh Menara Eiffel ditangkap beberapa jam sebelum upacara penutupan Olimpik Paris 2024

Astro Arena
Astro Arena
12/08/2024
04:00 MYT
Penceroboh Menara Eiffel ditangkap beberapa jam sebelum upacara penutupan Olimpik Paris 2024
Seorang lelaki dilihat memanjat Menara Eiffel sebelum upacara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto AP
POLIS Perancis terpaksa mengosongkan kawasan sekitar Menara Eiffel selepas seorang lelaki dikesan sedang mendaki mercu tanda Paris - beberapa jam sebelum majlis penutupan Sukan Olimpik Paris 2024.
Seorang lelaki yang tidak berbaju dilihat memanjat menara setinggi 330 meter (1,083 kaki) pada sebelah petang tetapi tidak jelas di mana dia memulakan pendakiannya, namun dia kelihatan berada di atas logo Sukan Olimpik yang menghiasi bahagian tengah monumen itu.
Polis kemudian mengiringi lelaki itu meninggalkan kawasan itu sekitar jam 3 petang sambil beberapa pelawat yang terkurung di tingkat dua dibenarkan keluar sekitar 30 minit kemudian.
“Seorang individu mula memanjat Menara Eiffel pada 2:45 petang, polis campur tangan dan pemuda itu telah ditahan,” kata seorang pegawai polis Paris kepada The Associated Press dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana siasatan ke atas kejadian itu akan diteruskan.
Menara itu tidak menjadi sebahagian daripada upacara penutupan temasya di Stade de France, awal pagi tadi. - Stadium Astro
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#acara penutup
#panjat
#Menara Eiffel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan