awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah

Bernama
Bernama
26/12/2025
13:17 MYT
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
Semua serangan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberi tekanan kepada penduduk dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka. - AP
RAMALLAH (Palestin): Pendatang Israel menyerang dua rakyat Palestin pada awal pagi Jumaat dan melarikan kira-kira 150 ekor kambing dalam satu serangan ke atas sebuah ladang di bandar Deir Dibwan, timur Ramallah, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sumber tempatan berkata pendatang Israel menyerbu sebuah ladang kambing milik Hassan Mohammad Ghannam di kawasan Khallet al-Louz, timur bandar itu, memukul dua orang pekerja dengan kejam sebelum melarikan 150 ekor kambing dan melarikan diri dari lokasi kejadian.
Bandar Deir Dibwan menyaksikan peningkatan ketara dalam serangan oleh pendatang sejak beberapa minggu kebelakangan ini, khususnya menyasarkan ladang, kawasan ragutan dan harta benda awam, termasuk kejadian kecurian ternakan yang berulang.
Semua serangan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberi tekanan kepada penduduk dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka, yang dilakukan di bawah perlindungan dan penglibatan tentera pendudukan Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pendatang Israel
#serbu ladang
#Palestin
#Ramallah
#warga palestin dipukul
#ternakan dilarikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami