awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan Cancun ke London mendarat di AS selepas pergaduhan dalam pesawat

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2025
01:30 MYT
Penerbangan Cancun ke London mendarat di AS selepas pergaduhan dalam pesawat
Pesawat Boeing 787 Dreamliner yang dikendalikan oleh TUI, syarikat penerbangan British, tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Gatwick, London. - Foto X/@Deltafox007
MAINE: Sebuah penerbangan dari Cancun, Mexico ke London melakukan pendaratan kecemasan di Bangor, Maine, Amerika Syarikat (AS) selepas dua penumpang terlibat dalam pergaduhan di udara, memaksa pihak kru dan juruterbang mengambil tindakan segera demi keselamatan semua penumpang.
Insiden berlaku kira-kira jam 9.30 malam waktu Timur (EST) pada Selasa, dan menyebabkan semua 267 penumpang terpaksa bermalam di bandar pesisir pantai itu.
Pihak syarikat penerbangan kemudian membawa masuk kru gantian kerana kru asal telah melebihi had waktu kerja yang dibenarkan.
Pesawat akhirnya berlepas semula pada jam 3 petang EST keesokan harinya.
Menurut pegawai dari Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP), kedua-dua individu terbabit tidak didakwa secara jenayah, namun telah “diproses untuk pemulangan segera” dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing melalui penerbangan berbeza.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner yang dikendalikan oleh TUI, syarikat penerbangan British, tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada Rabu.
Rakaman komunikasi antara juruterbang dan kawalan trafik udara menunjukkan permintaan untuk mendarat dibuat dalam tempoh beberapa minit selepas insiden bermula.
“Kokpit selamat dan dua penumpang sedang bergaduh, kru telah hampir berjaya mengawal keadaan,” kata juruterbang dalam rakaman tersebut.
Pihak kawalan trafik di Maine mengesahkan bahawa pasukan keselamatan akan menunggu ketika pesawat mendarat.
Topic Berkaitan
#pendaratan kecemasan
#pergaduhan
#penumpang
#pesawat TUI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan