awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah filem Titanic, nafi akan hasilkan filem insiden OceanGate

Bernama
Bernama
16/07/2023
02:34 MYT
Pengarah filem Titanic, nafi akan hasilkan filem insiden OceanGate
OceanGate mengumumkan pada awal bulan ini bahawa pihaknya telah menangguhkan semua operasi penerokaan dan komersial selepas insiden 'implosion' hebat yang menghancurkan satu kapal selamnya.
WASHINGTON: Pengarah filem Titanic yang memenangi Anugerah Oscar, James Cameron, menafikan spekulasi media bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan filem mengenai malapetaka kapal selam OceanGate yang menyebabkan lima orang terbunuh pada Jun.
"Biasanya saya tidak mengendahkan desas-desus yang menghina dalam media, tetapi saya perlu berbuat demikian sekarang.
"Saya tidak berbincang mengenai filem OceanGate, dan tidak akan pernah berbuat demikian," kata Cameron pada Sabtu, seperti yang dilaporkan oleh United Press International (UPI).
OceanGate mengumumkan pada awal bulan ini bahawa pihaknya telah menangguhkan semua operasi penerokaan dan komersial selepas insiden "implosion" hebat yang menyebabkan satu kapal selamnya hancur ketika dalam ekspedisi menyaksikan bangkai Titanic yang karam pada 1912 dan mengorbankan lebih 1,500 nyawa.
Cameron - yang menulis dan mengarahkan filem klasik 1997, Titanic - membantu mereka bentuk mesin untuk meneroka ke dasar laut dengan selamat dan merakamkan gambar bangkai kapal tersebut serta telah melakukan 33 kali selaman.
Pengerusi Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, adalah antara lima mangsa dalam kapal selam malang bernama Titan bulan lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OceanGate
#Titanic
#filem
#James Cameron
#kapal selam karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan