awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggubal akta kesalahan zina dihukum sebat gara-gara berkhalwat dengan isteri orang

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
01/11/2019
09:54 MYT
Penggubal akta kesalahan zina dihukum sebat gara-gara berkhalwat dengan isteri orang
Mukhlis disebat di khalayak umum setelah dia disabitkan kesalahan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang sudah menikah. -foto Sinar Harian
Seorang pemimpin agama Indonesia yang membantu merangka undang-undang syariah berkenaan anti-zina dirotan di khalayak umum selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan sulit.
Lelaki berkenaan, Mukhlis Muhammad, 46, merupakan ahli Majlis Ulama Aceh (MPU) yang merangka pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam dunia itu.
Mukhlis disebat di khalayak umum setelah dia disabitkan kesalahan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang sudah menikah.
Dia dikenakan hukuman sebat sebanyak 28 kali, manakala pasangan zinanya dikenakan sebatan sebanyak 23 kali pada Jumaat.
Lapor BBC, kedua-dua mereka dicekup beberapa orang pegawai ketika sedang melakukan kegiatan maksiat itu di dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran sebuah pantai pelancongan.
Beliau adalah pemimpin agama pertama yang menerima hukuman itu setelah undang-undang Islam ketat diperkenalkan di rantau Aceh pada tahun 2005.
Selain zina, mereka yang terlibat dalam hubungan sejenis dan perjudian juga boleh dikenakan sebatan.
"Ini adalah undang-undang Islam. Sesiapa harus dihukum jika didapati bersalah walaupun dia adalah anggota MPU," kata Timbalan Datuk Bandar Aceh Besar, Husaini Wahab.
"Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada kejadian ini tetapi akhirnya kita perlu melaksanakan undang-undang Tuhan, terutamanya di tanah Islam seperti di sini," kata seorang penduduk Bandar Aceh, Muhammad Ramdan.
Hukuman rotan menjadi kebiasaan di Acheh dan ia dilaksanakan di kawasan terbuka sebagai kesedaran orang ramai.
Bagaimanapun, kanak-kanak tidak dibenarkan menyaksikan hukuman itu.
Topic Berkaitan
#hukuman sebat
#Indonesia
#Islam
#Mukhlis Muhammad
#seks dengan isteri orang
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan