awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City

Agensi
Agensi
21/01/2025
01:00 MYT
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran pada Isnin. -Gambar Reuters
MEXICO CITY: Penunjuk perasaan membakar pinata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran pada Isnin.
Mereka berkumpul di luar kedutaan dan memukul pinata menyerupai Donald Trump dengan kayu sebelum membakarnya.
Protes itu mengkritik beberapa siri perintah eksekutif yang diumumkan Trump, termasuk langkah pertama dalam melaksanakan agenda untuk mengembangkan wilayah Amerika dan mengurangkan imigrasi.
Terdahulu, Trump mengumumkan rancangan beliau melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing yang menjalankan perniagaan dengan negara itu.
Sementara itu, pihak berkuasa sempadan AS memaklumkan, pihaknya telah menutup program di bawah bekas Presiden Joe Biden yang membenarkan ratusan ribu pendatang memasuki AS secara sah dengan menjadualkan janji temu melalui aplikasi manakala janji temu sedia ada telah dibatalkan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Penunjuk perasaan
#anti imigran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan