awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras
Polis minta bantuan kesan wanita hilang
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Greece

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2025
00:15 MYT
Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Greece
Penunjuk perasaan dilihat membaling bom botol ke arah anggota polis ketika menggadakan tunjuk perasaan di Parlimen. - Foto AP
ATHENS: Sebilangan penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan di Athens pada Jumaat yang menyaksikan letupan bunga api di jalanan dan beberapa individu ditahan pihak berkuasa.
Menurut laporan, ribuan mereka berkumpul di luar bangunan Parlimen menjelang undian tidak percaya berkaitan nahas kereta api maut pada tahun 2023.
Ini merupakan protes ketiga seperti itu dalam tempoh beberapa hari.
Insiden itu juga tercetus susulan demonstrasi ratusan ribu peserta pada 28 Februari lalu sempena ulang tahun tragedi tersebut.
Terdahulu, ribuan pelajar berarak ke Parlimen, dan penunjuk perasaan sekali lagi mengepung bangunan itu ketika perbahasan berlangsung berhubung usul kecaman yang dikemukakan pada Rabu lalu.
Gelombang protes ini tercetus sejak tragedi pada 28 Februari apabila sebuah kereta api penumpang dari Athens bertembung secara berhadapan dengan sebuah kereta api kargo dari Thessaloniki berhampiran Larissa di kawasan Tempi.
Insiden itu menyaksikan 57 terkorban, kebanyakannya pelajar.
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#Parlimen
#nahas kereta api
#undian tidak percaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan