awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang Sydney tidak terlibat dalam kumpulan pengganas, kata polis

Bernama
Bernama
30/12/2025
02:45 MYT
Penyerang Sydney tidak terlibat dalam kumpulan pengganas, kata polis
Dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada 22 Dis menunjukkan Naveed Akram, tertuduh dalam kes tembakan di Pantai Bondi pada 14 Dis lalu, di sebuah lokasi dipercayai di New South Wales, Australia. - Foto Polis NSW/REUTERS
CANBERRA: Individu yang didakwa terlibat dalam insiden tembakan maut di Pantai Bondi, Sydney awal bulan ini bertindak secara bersendirian dan bukan sebahagian daripada kumpulan pengganas yang lebih besar, kata pihak berkuasa pada Selasa, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia (AFP) Krissy Barrett berkata pada sidang media di Canberra bahawa tiada bukti menunjukkan suspek terbabit merupakan sebahagian daripada "kumpulan pengganas yang lebih besar" atau diarahkan oleh pihak lain untuk melaksanakan serangan tembakan yang mengorbankan 15 orang di Pantai Bondi, Sydney pada 14 Dis lalu.
Beliau berkata siasatan bersama Polis Persekutuan Australia dan Polis Kebangsaan Filipina mengesahkan bahawa Sajid Akram, 50, yang ditembak mati oleh polis di lokasi kejadian, dan anak lelakinya berusia 24 tahun, Naveed Akram, telah berada di Filipina dari 1 hingga 29 Nov.
AFP kini masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun Barrett berkata kedua-dua individu itu jarang meninggalkan penginapan mereka di Bandar Davao dan tidak menerima sebarang latihan atau persediaan logistik bagi melakukan serangan semasa berada di Filipina.
"Namun, saya ingin jelaskan bahawa saya tidak menyatakan mereka berada di sana untuk tujuan pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan
#Sydney
#pengganas
#Pantai Bondi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan