awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang tembak mati 9 individu di bar shisha, ditemui mati bersama satu mayat

Agensi
Agensi
20/02/2020
08:51 MYT
Penyerang tembak mati 9 individu di bar shisha, ditemui mati bersama satu mayat
Terdahulu, polis melaporkan lapan orang terbunuh, sementara lima cedera dalam kejadian tembakan di dua bar shisha di Hanau, berdekatan Frankfurt. - Foto AP
Seorang lelaki yang disyaki menembak mati sembilan individu dalam kejadian tembakan di sebuah bar di Hanau, bandar di timur Frankfurt, Jerman ditemui mati di rumahnya pada awal pagi Khamis.
Jurucakap polis berkata, usaha mengesan suspek di sebuah apartmen di daerah Hanau, berdekatan lokasi kejadian dijalankan selepas menerima maklumat daripada saksi.
Hasil serbuan, pihak polis turut menemukan satu mayat di lokasi sama.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti kedua-dua mayat tersebut.
Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada mayat tersebut adalah mangsa insiden tembakan atau sebaliknya.
Terdahulu, polis melaporkan lapan orang terbunuh, sementara lima cedera dalam kejadian tembakan di dua bar shisha di Hanau, berdekatan Frankfurt.
Bagaimanapun, jumlah mangsa meningkat kepada sembilan selepas seorang individu yang parah dalam kejadian itu meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Frankfurt
#Hanau
#Jerman tembakan rambang
#lelaki
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan