awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan China di persada dunia semakin penting - Bekas Canselor Austria

Bernama
Bernama
11/12/2023
21:00 MYT
Peranan China di persada dunia semakin penting - Bekas Canselor Austria
Schuessel menyifatkan BRI dan tiga lagi inisiatif global yang disyorkan Xi Jinping sebagai konstruktif dan mustahak. - Gambar United Europe
BEIJING: Peranan dan suara China semakin penting dalam membantu mewujudkan dunia "multipolar", menurut bekas Canselor Austria, Wolfgang Schuessel.
Schuessel menyifatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan tiga lagi inisiatif global yang disyorkan Presiden China, Xi Jinping sebagai konstruktif dan mustahak.
"Ia merupakan cerminan peranan China di pentas dunia semakin menonjol dan negara itu antara satu daripada peserta yang amat penting," kata beliau ketika ditemu ramah wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Beliau menzahirkan harapan agar wujudnya dunia multipolar yang disokong oleh institusi global yang kukuh.
"Kami tidak mahu dunia diketuai oleh polarisasi ataupun hegemoni tunggal. Seperti China, kami menyokong pembentukan orde dunia multipolar," kata beliau.
Schuessel turut menghargai peranan dan sumbangan China dalam menggerakkan kelulusan satu resolusi bersifat membina berhubung situasi Palestin-Israel yang tergantung agak lama ketika China mengambil alih jawatan presiden UNSC pada November.
Beliau memberi penekanan terhadap pentingnya sinergi dibentuk antara Eropah dengan China ke arah membantu memperkukuh orde antarabangsa dan pertubuhan global.
"Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dijadual menganjurkan Sidang Kemuncak Masa Depan (Summit of the Future) pada musim luruh tahun hadapan.
"Ia merupakan satu persidangan penting yang menyediakan platform bagi memaparkan pemikiran berlainan seperti siri inisiatif global anjuran Presiden Xi serta memudahkan interaksi antara satu sama lain", kata beliau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#UNGA
#inisiatif global
#hagemoni tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan