awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peratusan keluar mengundi rendah petanda EU jauh dari rakyat - PM Itali

Bernama
Bernama
10/06/2024
15:32 MYT
Peratusan keluar mengundi rendah petanda EU jauh dari rakyat -  PM Itali
Meloni, dari parti sayap kanan Brothers of Italy (FdI) memenangi lebih 29 peratus undi. - Gambar fail/Leon Neal/Pool via REUTERS
ROME: Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata pada Isnin bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya Eropah di Itali dan negara-negara lain menunjukkan bahawa institusi Kesatuan Eropah (EU) semakin jauh daripada rakyat.
Di Itali kurang separuh daripada pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).
"Jumlah mereka yang keluar mengundi dalam pilihan raya Eropah membuka ruang perdebatan tentang peranan Eropah, kerana isu peratusan keluar mengundi yang rendah bukan sahaja di Itali, tetapi seluruh benua," lapor ANSA.
Meloni, dari parti sayap kanan Brothers of Italy (FdI) memenangi lebih 29 peratus undi.
"Ia adalah petanda bahawa Eropah dilihat semakin jauh dan telah membuat dasar yang tidak dipersetujui oleh rakyat.
"Kita memerlukan Eropah yang mampu mendengar suara rakyat.. ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#ruang perdebatan
#Brothers of Italy
#membuat dasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan