awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdagangan AS-China: Trump kata Xi 'terlalu sukar untuk berurusan'

Bernama
Bernama
04/06/2025
14:22 MYT
Perdagangan AS-China: Trump kata Xi 'terlalu sukar untuk berurusan'
Pertikaian tarif antara dua ekonomi terbesar dunia itu telah ditangguhkan sejak satu perjanjian dicapai pada pertengahan Mei. - Reuters
BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa tiada perjanjian baharu akan dicapai dengan China berhubung pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara dalam masa terdekat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Dalam hantaran di platform Truth Social pada Rabu, Trump menulis: "Saya suka Presiden Xi [Jinping] dari China, sejak dulu hingga sekarang, tetapi beliau SANGAT TEGAS, DAN TERLALU SUKAR UNTUK BERURUSAN!!!"
Pertikaian tarif antara dua ekonomi terbesar dunia itu telah ditangguhkan sejak satu perjanjian dicapai pada pertengahan Mei.
Perjanjian itu menetapkan pengurangan tarif Amerika Syarikat ke atas import dari China daripada 145 peratus kepada 30 peratus, manakala tarif China ke atas import dari AS diturunkan daripada 125 peratus kepada 10 peratus.
Kenyataan bersama oleh kedua-dua negara menyatakan bahawa langkah tersebut adalah sementara dan akan berkuat kuasa selama 90 hari.
Namun, baru-baru ini kedua-dua pihak saling menuduh tidak mematuhi perjanjian tersebut.
Amerika Syarikat dilaporkan menyekat penghantaran alat ganti turbin ke China dan cuba mengehadkan akses Beijing kepada teknologi cip penting, yang mencetuskan kemarahan China.
Selain itu, visa pelajar China di Amerika Syarikat turut dilaporkan akan dibatalkan.
China pula dituduh menyekat eksport mineral penting yang diperlukan dalam industri automotif, selain beberapa langkah lain.
Trump dan Xi dilaporkan dijadual mengadakan perbualan minggu ini. Namun, tidak jelas apa yang mencetuskan kenyataan terbaru Trump di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Xi Jinping
#perdagangan
#Amerika Syarikat
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan