awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Perancis Barnier bentuk kerajaan

Bernama
Bernama
20/09/2024
03:56 MYT
Perdana Menteri Perancis Barnier bentuk kerajaan
Barnier dilantik sebagai perdana menteri dua minggu lalu dengan diberi mandat untuk membentuk Kabinet baharu minggu ini. - Foto Reuters
PARIS: Perdana Menteri baharu Perancis, Michel Barnier berjaya membentuk kerajaan dan dijangka menyerahkan senarai anggota Kabinet baharu kepada Presiden Emmanuel Macron pada petang Jumaat, menurut kenyataan kerajaan pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Landskap politik di Perancis masih goyah susulan keputusan pilihan raya parlimen awal kira-kira dua bulan yang lalu, gagal mencapai majoriti atau pakatan yang mampu membentuk kerajaan.
Barnier, bekas pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU), dilantik sebagai perdana menteri dua minggu lalu dengan diberi mandat untuk membentuk Kabinet baharu minggu ini.
Barnier mengadakan rundingan dengan wakil-wakil utama daripada parti yang menyokong Macron dan Parti Konservatif, dengan harapan mereka akan memberikan sokongan kepada kerajaan baharunya.
Sesi rundingan yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri Gabriel Attal, membincangkan struktur dan keseimbangan dalam kerajaan akan datang.
Dalam pilihan raya itu, parti yang menyokong Emmanuel Macron, yang dikenali sebagai pakatan centrist (berhaluan tengah) memperoleh tempat kedua.
Pakatan yang mendahului mereka adalah New Popular Front (NFP), sebuah gabungan parti berhaluan kiri. Pakatan NFP terdiri daripada parti-parti seperti France Unbowed, Parti Sosialis, Parti Komunis dan Parti Hijau.
Kerajaan baharu dijangka diumumkan secara rasmi pada Jumaat.
Masih belum jelas sejauh mana Barnier akan mengisi jawatan menteri dengan calon-calon daripada parti berhaluan kiri.
NFP pada awalnya menolak untuk menyertai kerajaan selepas Macron enggan menamakan calon mereka sebagai perdana menteri dan sebaliknya memilih Barnier yang berhaluan konservatif untuk membentuk kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Michel Barnier
#bentuk kerajaan
#Perdana Menteri Perancis
#Emmanuel Macron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan