awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Republik Czech menang undi percaya

Bernama
Bernama
16/01/2026
09:06 MYT
Perdana Menteri Republik Czech menang undi percaya
Babis menghadapi siasatan berhubung dakwaan penipuan subsidi, manakala pengasas SPD dan Speaker Parlimen Tomio Okamura turut disiasat berhubung dakwaan ucapan kebencian. - Reuters
PRAGUE: Perdana Menteri Republik Czech Andrej Babis dan kerajaan baharunya memenangi undi percaya di Parlimen pada Khamis, sebulan selepas beliau memegang jawatan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ahli Parlimen meluluskan kabinet berhaluan kanan itu dengan 108 undi menyokong dan 91 lagi menentang.
Gabungan parti pemerintah merangkumi parti populis sayap kanan pimpinan Babis, ANO, Parti Motorists serta Parti Freedom and Direct Democracy (SPD). Di bawah perlembagaan Republik Czech, mana-mana kerajaan yang baharu dilantik mesti mendapatkan undi percaya dalam tempoh 30 hari.
Pengundian itu berlangsung selepas perdebatan lebih 25 jam di Dewan Rakyat, apabila pihak pembangkang menuduh gabungan itu melindungi anggotanya daripada pendakwaan.
Babis menghadapi siasatan berhubung dakwaan penipuan subsidi, manakala pengasas SPD dan Speaker Parlimen Tomio Okamura turut disiasat berhubung dakwaan ucapan kebencian. Kedua-duanya menikmati imuniti Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM czech
#undi percaya
#Andrej Babis
#Republik Czech
#politik czech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan