awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
Krisis tenaga global: Tangkapan ikan negara tidak terjejas, simpanan mencukupi
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi desak pengakhiran pendudukan ke atas Palestin

Bernama
Bernama
03/12/2025
13:04 MYT
Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi desak pengakhiran pendudukan ke atas Palestin
Draf resolusi yang dirangka Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestin, diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali. - Reuters
WASHINGTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai "Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin".
Draf resolusi berkenaan, yang dirangka oleh Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestin, diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali, menurut Anadolu Ajansi (AA).
Resolusi itu mengesahkan semula tanggungjawab PBB terhadap isu Palestin, menggesa penamatan pendudukan 1967 serta menegakkan penyelesaian dua negara, di samping menuntut Israel menghentikan aktiviti penempatan haram dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
Ia turut menggesa rundingan dimulakan semula serta menyeru negara-negara supaya tidak mengiktiraf sebarang perubahan sempadan, di samping meningkatkan bantuan kepada rakyat Palestin ketika krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#resolusi
#pendudukan di gaza
#perhimpunan agung
#keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami